Salam Aidilfitri (album 2001)

Salam Aidilfitri merupakan sebuah album kompilasi aidilfitri yang menampilkan penyanyi di bawah syarikat rakaman Suria Records iaitu Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Handy Black, New Boyz, Mazleela, Aqasha dan lain-lain lagi. Setiap seorang penyanyi ini merakamkan sebuah lagu baru untuk di persembahkan dalam album ini.Album ini menghimpunkan lagu raya ciptaan baru dan juga rakaman semula lagu-lagu raya malar segar. Penerbitan Album ini telah menerbitkan beberapa buah lagu baru dimana Liza Hanim, Siti Nurhaliza & Noraniza Idris tampil sekali lagi dengan lagu baru yang cukup segar. Lagu "Nikmat Hari Raya" telah dirakamkan sekali lagi dimana untuk versi kedua ini Aqasha & New Boyz menggantikan posisi September 5 manakala Siti Nurhaliza & Noraniza Idris masih diposisi yang sama dalam penyampaian lagu ini.

Salam Aidilfitri (album 2001)

Dilancarkan pada 21 October 2001
Penerbit Pak Ngah
Genre Pelbagai
Syarikat Suria Records